Monday 10 December 2012

SET BERPANTANG SHAKLEE

Alhamdulillah... hari ni genap 30 hari saya berpantang. Pantang gaya ala2 moden skit sebab tak guna jamu-jamu pun. Anak jaundice( kuning) sejak hari ke 3 kelahiran. Ketiga-tiga anak pun kena jaundice.. agaknya saya berdarah 'o'. Memang berisiko anak jaundice.. Apa yang menjadi temanku semasa pantang untuk kekal sihat dan baikpulih segala tisu-tisu dan sel yang dah luka dan mati itu adalah vitamin Shaklee:) 

Cadangan Supplement semasa berpantang Shaklee:

1) MULTIVITAMIN (VITALEA) + IRON

  • mengandungi 23 jenis vitamin dan mineral yang sangat diperlukan terutamanya bagi wanita yang berpantang, amat sukar untuk memperolehi kesemua zat vitamin dan mineral ini melalui diet harian ketika berpantang memandangkan ada makanan yang perlu dielakkan (pantang makan). iron atau zat besi di dalam vitalea membantu meningkatkan sel-sel darah merah yang mana telah banyak kehilangan semasa proses kelahiran. So, tak de la muka kita pucat lesi, lesu dan tidak bermaya disebabkan kurang darah..

2) VIT C

  • sangat penting untuk membantu penyembuhan luka jahitan dan baikpulih sel-sel serta tisu badan. vitamin C turut membantu pembentukan kolagen seterusnya mencantikkan kulit dan meningkatkan sistem pertahanan badan

3) B-COMPLEX plus Asid Folic

  • bertindak sebagai penenang, stress, seterusnya mengelakkan 'meroyan' semasa pantang:). Kandungan asid folic di dalamnya turut membantu pembentukan sel darah merah

4) ZINC COMPLEX

  • Merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.  Zinc membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengurangkan rambut gugur, Memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein dll
pengalaman sendiri setelah amalkan supplement ini semasa pantang: hari ke4 selepas bersalin.. cik B sudah bengkak, susu keluar dengan banyak dan lancar.. tak dapat bengkak sampai 'demam susu' pun :). hari ke6, dah boleh buat stock susu EBM sebab susu banyak sangat, baby tak habis nak minum semua setiap sesi penyusuan walaupun saya bagi baby minum sejam sekali (sebab baby jaundice).Alhamdulillah.. sihat dan segar walaupun tanpa jamu:)

adalah baiknya jika di tambah dalam supplement ini dengan minuman ESP(ENERGIZING SOY PROTEIN). Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu

Sunday 9 December 2012

VITAMIN IBU MENYUSU

Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi kita. Oleh itu, sebaiknya, berikanlah susu yang bernutrisi untuk simanja kita.. Lengkapkanlah dengan segala zat nutrisi dalam susu ibu khas buat anak..

SENARAI DI BAWAH ADALAH SARANAN NUTRIEN YANG PERLU DIAMBIL OLEH PARA IBU YANG MENYUSU BAYI BAGI MEMASTIKAN KESIHATAN BAYI DAN IBUNYA

1. MULTIVITAMIN
- Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.



2. PROTEIN
-bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna.Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Disarankan untuk mengambil sekurang-kurang 3 hidangan protein berkhasiat setiap hari.



3. VITAMIN C
- Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu kepada bayi. Oleh itu menyusu bayi secara eksklusif  dapat melindungi bayi daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gusi, gigi yang sihat



4. VITAMIN B KOMPLEKS
- Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh ibu dan bayi setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi melalui susu ibu.



5. KALSIUM
-40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.



6. ASID LEMAK OMEGA 3
- Pengambilan dan tambahan Asid lemak Omega -3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan omega-3 lebih banyak di dalam otak. 
tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hyperaktif dan masalah tumpuan(ADHD) atau autism



7.ALFALFA
-Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K,A,B1,B6,C,E,kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Ia juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.


DAPATKAN VITAMIN2 INI DARI SAYA..

HUBUNGI SAYA
HAIDAR
SMS:012-9372050
iedaz38@yahoo.com
PM di FB :My Natural Vitamins Store 
 

Wednesday 21 November 2012

SOY PROTEIN TERBAIK KEGEMARAN RAMAI

Siapa suka soya? Kepada peminat soya, pilihlah soya yang terbaik untuk anda,baik untuk kesihatan diri sendiri serta untuk bayi bagi yang menyusukan anak. Bagaimana mahu memilih soya yang terbaik? Banyak produk-produk soya di pasaran masa kini. oleh itu..pilihlah berdasarkan dari mana punca soya (maksud saya cara penanaman atau teknik untuk penghasilan soya berkualiti)

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY, iaitu Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism). Ia disahkan melalui Identity Preservation Program untuk memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

 Keistimewaan ESP:

  • Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak. 
  • mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein. 
  • tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. 
  • mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. 
  • sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. 
  • tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepouse
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
 KESIMPULANNYA:

nak KURUS- ESP mengawal selera makan..mengenyangkan
nak PUASA- ESP memberi rasa kenyang lebih lama..membekalkan tenaga sepanjang hari
nak TAMBAH SUSU IBU-ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu
nak CANTIK- ESP menggebu, melicin dan menganjalkan kulit
nak SIHAT- ESP menyihatkan tubuh keseluruhannya..
kalau PREGNANT- ESP membantu untuk pembentukan otot baby
NAK PREGNANT- ESP memelihara dan memulihara rahim.. membekalkan tenaga

DAPATKAN ESP YG ENAK INI DARI SAYA..

HUBUNGI SAYA
HAIDAR
SMS:012-9372050
iedaz38@yahoo.com
PM di FB :My Natural Vitamins Store 
 

PROTEIN OH PROTEIN.. sangat penting!!

PROTEIN..PROTEIN..OO PROTEIN..sangatlah familiar, selalu disebut-sebut.. sejak dibangku sekolah rendah sudah di ajar apa itu protein, sumber protein, kenapa perlunya protein..mari kita refresh kembali di sini:

PENTINGKAH PROTEIN?

Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

Sumber Protein


RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)


TAHUKAH ANDA?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN adalah makanan utama dalam program Shaklee. Ia merupakan NON GMO SOY! ( Non-Genetically Modified Organism).dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.


DAPATKAN ESP anda HARI INI

HUBUNGI SAYA
SMS:012-9372050
iedaz38@yahoo.com
PM di FB :My Natural Vitamins Store 





Tips untuk dapatkan susu ibu berkualiti DAN bernutrisi

Sememangnya tidak dapat disangkal lagi, susu ibu adalah yang terbaik untuk diberikan pada bayi terutama bagi 6 bulan pertama selepas bayi dilahirkan

Berikut adalah antara beberapa tips amalan pemakanan yang boleh lakukan bagi mendapatkan susu yang bernutrisi dan meriah :)


1) Mengamalkan diet yang seimbang : mengikut piramid makanan. Mengandungi kesemua kelas makanan seperti karbohidrat, protein, lemak, fiber.

*** bolehkah anda? tepuk dada tanya diri sendiri :)

2) Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan : penting untuk dapatkan vitamin C, folic acid. 3-5 hidangan sehari diperlukan untuk memenuhi keperluan harian vitamin tersebut.


3) Mengambil makanan yang tinggi protein seperti daging tanpa lemak, soya, tempe, ayam tanpa kulit, ikan, telur dan kekacang sebanyak 3 hidangan sehari dan 3 hingga 4 hidangan susu sehari.


4) Mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging tanpa lemak, hati dan kerang boleh membantu pembinaan semula sel - sel darah merah yang hilang semasa melahirkan dan darah nifas


5) banyakkan minum air-sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Paling kurang pun 2 liter


hmm.. bila difikirkan dan renungkan.. bolehkah memenuhi segala keperluan di atas untuk anak tersayang? Untuk yang bermasalah untuk mengikut segala tips di atas: ada alternatifnya: cubalah set vitamin dari Shaklee.



SET IBU MENYUSU SHAKLEE:


SET B
SET B:MENGANDUNGI :ALFALFA + VITALEA + B-COMPLEX + VIT C
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK  mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.
SET EU FOUR PACK

SET EU FOUR PACK : MENGANDUNGI : VITALEA + B -COMPLEX + VIT C + OSTEMATRIX

  • Untuk ibu-ibu yang ada alahan terhadap alfalfa
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.
SET TRIPLE M (3M)



 SET TRIPLE M: MENGANDUNGI : VITALEA + B-COMPLEX + VIT C +OSTEMATRIX + ALFALFA + ESP

  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.
 credit

berminat untuk dapatkan set ini? boleh hubungi saya:

HAIDAR
SMS:012-9372050
iedaz38@yahoo.com
PM di FB :My Natural Vitamins Store 
 

Monday 19 November 2012

Elak kanser dengan ALFALFA?


Lebih baik mencegah dari mengubati... terutamanya penyakit kanser yang paling digeruni.  Amalan pemakanan yang sihat dapat mencegah daripada penyakit ini.

ALFALFA complex Shaklee mengandungi jumlah klorofil yang tinggi yang mana mampu mencegah penyakit kanser. Menurut kajian dari Linus Pauling Institut di
Oregon State University, klorofil akan menghalang pembentukan ketumbuhan kanser, akan tetapi, pengambilan diet yang mengandungi klorofil secara normal pada kebiasaannya tidak dapat menghalang atau mencapai target dalam mengelak pembentukan sel kanser.

ALFALFA sprout
Oleh itu, supplement Alfalfa Shaklee amat sesuai untuk memudahkan kita mendapatkan sumber klorofil yang tinggi ini. :)

untuk yang berminat dengan produk ALFALFA COMPLEKS SHAKLEE:

Hubungi saya:

SMS:012-9372050
iedaz38@yahoo.com
PM di FB :My Natural Vitamins Store

Saturday 17 November 2012

Vitamin semasa mengandung yang terbaik

x
Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman sendiri semasa mengandung anak ketiga. Alhamdulillah..sejak tahu UPT positive, terus saya berazam..rezeki yang Allah beri ini akan saya jaga dari peringkat awal kehamilan..mahu menggunakan pengalaman yang sebelum ini dan memperbaiki lagi agar anak yang dilahirkan sihat,menjadi anak yang soleh..insyaAllah..

Sebagai pengguna tegar produk Shaklee sejak menyusukan Sarah(anak kedua), semestinya saya memilih vitamin dari Shaklee juga untuk supplement semasa mengandung kali ini. Biarpun banyak yang kena telan, besar-besar pulak tu pilnya..demi anak tercinta dan kesihatan diri, saya sanggup :)


Kenali SET VITAMIN UNTUK IBU MENGANDUNG SHAKLEE

terdiri daripada:

  1. VITALEA
  2. VITAMIN C SUSTAINED RELEASE
  3. VITAMIN B COMPLEX
  4. OSTEMATRIX
  5. OMEGA GUARD(untuk trimester kedua dan ketiga)
Syukur alhamdulillah.. sepanjang mengandung, saya sentiasa sihat, jarang kena demam walaupun rutin tugas harian amat memenatkan untuk ibu hamil. Sepanjang check-up antenatal, semuanya 'uneventful'-tekanan darah normal, ujian untuk kencing manis tiga kali-normal,keseluruhan berat naik semasa tempoh mengandung masih dalam range normal dan rutin ultrasound menunjukkan perkembangan bayi yang normal dan mengikut graf pertumbuhan yang baik. Yang paling ketara perbandingan yang dapat saya buat dengan waktu hamil sebelum ini adalah gusi sekali je bengkak.. kalau dulu banyak kali bengkak, kadang-kadang sampai ambil antibiotik 2-3 kali untuk masalah tersebut. Kulit muka pun ok je..jerawat yang timbul masa mula-mula hamil cepat hilang tanpa parut. Syukur lagi..:)

tanggal 12/11/2012 jam 7.32 pagi.. alhamdulillah.. lahir putera pertama saya dalam keadaan sihat, berat 3.8kg.huh.. semangat. kelahiran yang senang, sakit kuat bermula jam 4pg (5cm). syukur dapat bersalin secara normal walaupun baby agak semangat beratnya.. Sekarang saya sedang teruskan dengan SET BERPANTANG dari SHAKLEE :) 

berminat untuk dapatkan supplement ini? boleh hubungi saya :

SMS:012-9372050
iedaz38@yahoo.com
PM di FB :My Natural Vitamins Store 
 


Wednesday 7 November 2012

Teman Yang BAIK Untuk WANITA - VITAMIN E dan Alfalfa

Setiap wanita memang tidak akan lari dari inginkan kesihatan yang baik sama ada dari segi dalaman atau luaran.. siapa yang tak nak cantik kan? Jom kita kenalpasti masalah utama yang selalu menghantui kaum wanita ni.. antaranya ada yang dah tunggu tahap kronik baru nak cari penyelesaiannya. ALASANNYA..MALU..SALAH SATUNYA:

MASALAH KEPUTIHAN yang tidak normal- biasanya disebabkan jangkitan kulat atau bakteria(vaginal candidiasis/bacterial vaginosis)


Jangkitan kulat boleh disebabkan oleh salah satu atau lebih dari sebab-sebab berikut:
  • Perubahan hormon semasa hamil
  • Pemakanan pil perancang
  • Pengambilan ubat antibiotik atau steroid
  • Penyakit kencing manis
  • Hubungan seks
  • Douching
  • Darah dan air mani
Simptom-simptom termasuk:
  • Gatal, pedih dan sakit pada faraj
  • Keluar keputihan yang pekat seperti cheese dari faraj
  • Rasa pedih semasa kencing dan semasa seks
  • Bengkak, sakit, dan tumbuh bintik-bintik kemerahan pada faraj.
jangkitan daripada bakteria akan mengeluarkan cairan yang berwarna hijau/kuning pekat serta berbau hanyir.

VITAMIN SHAKLEE BOLEH MEMBANTU:

anda boleh amalkan SET FEMININ (ALFALFA + VITAMIN E) -SET F

Kebaikan ALFALFA COMPLEX SHAKLEE untuk wanita khasnya:
  1.  Membantu dalam masalah keputihan wanita
  2.  Memulihkan urat selepas bersalin
  3.  Bertindak seperti perapat / seolah2 kacip fatimah :)
  4.  Membesarkan dan menegangkan payudara
maklumat lanjut tentang alfalfa: KLIK SINI. 

Kebaikan Vitamin E SHAKLEE untuk wanita khasnya:
  1. Mengelakkan/membantu dalam simptom sebelum datang haid - premenstrual syndrome (PMS) seperti senggugut
  2. Untuk wanita yang menghadapi simptom-simptom menapause-mood berubah, kekejangan, sakit kepala, depressi dan sebagainya.
  3. Mengurangkan risiko keguguran 
  4. Anti penuaan-tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  5. Anti oksidan
UNTUK LELAKI : Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki yang mengambil vitamin E untuk sekurang-kurangnya seminggu akan mengalami tenaga seksual yang lebih baik, libido lebih kuat dan kurang stress dalam kehidupan harian

JOM DAPATKAN SET INI SEGERA :

Hubungi saya:

SMS:012-9372050
iedaz38@yahoo.com
PM di FB :My Natural Vitamins Store 








Tuesday 6 November 2012

Alfalfa dan kelebihan kesihatannya

APAKAH ITU ALFALFA?

Alfalfa (Medicago Sativa) membawa maksud "Bapa Segala Makanan" adalah sejenis tanaman herba tahunan yang mempunyai struktur akar yang unik di mana struktur akar yang panjang dan tumbuh mendalam mencapai 30-40 kaki ke bawah tanah. Dalamnya!! :) Oleh itu, ia berkeupayaan menyerap pelbagai garam galian, vitamin dan 8 jenis asid amino perlu.. Ini merupakan satu-satunya kelebihan yang tidak boleh ditanding oleh tumbuhan darat yang lain

FAEDAH-FAEDAH ALFALFA


  • kaya dengan klorofil (sekurang-kurangnya 4 kali ganda daripada sayuran biasa)
  • tinggi kandungan protein
  • tinggi kandungan kalsium
  • dikenali sebagai tumbuhan beralkali di dunia dan kealkaliannya membantu meneutralkan asid toksik di dalam tubuh badan
  • tinggi garam mineral lain termasuk magnesium, potassium, iron dan zink
  • mengandungi beta carotene; prekusor untuk vitamin A,D,E,K

KELEBIHAN DAN FAEDAH DALAM ALFALFA DIGUNAKAN UNTUK :

  • mengurangkan paras kolesterol dalam darah : kerana mengandungi - isoflavines, sterol dan saponin glycosides
  • membantu pembekuan darah : kerana mengandungi vitamin K 
  • mengurangkan tahap gula dalam darah
  • mengurangkan simptom menopause
  • mengelakkan pembentukan aterosklerosis (boleh elak strok)
  • mengurangkan pembengkakan sendi (untuk arthritis)
  • menguatkan tulang
  • mengurangkan simptom-simptom untuk sistem pemakanan & IBS
  • mengelakkan sembelit
  • membanyakkan susu badan-dipercayai bertindak sebagai 'galactagogue'
banyaknya khasiat alfalfa kan :).. sebelum kita terdedah dan mendapat pelbagai jenis penyakit.. jom kita mencegah dengan mengambil makanan kesihatan :)

tapi.. harus diingat ya.. ada sesetengah golongan yang TIDAK BOLEH mengambil alfalfa ini iaitu : pesakit SLE( Systemic Lupus Erythematosus) atau pesakit autoimmune lain. Juga harus dielakkan untuk pesakit yang mengambil warfarin (sejenis ubat untuk mencairkan darah untuk tujuan tertentu dalam merawat penyakitnya) kerana alfalfa tinggi vitamin K yang merupakan antidot bagi warfarin. individu yang mengalami kekurangan enzim G6PD juga harus dielakkan untuk mengambil alfalfa.. oleh itu.. harus berhati-hati untuk ibu menyusukan bayi yang kekurangan enzim ini.. kerana vitamin K juga boleh ada didalam susu ibu yang mengambil supplemen yang tinggi vitamin K

untuk yang berminat dengan produk ALFALFA COMPLEKS SHAKLEE:

Hubungi saya:

SMS:012-9372050
iedaz38@yahoo.com
PM di FB :My Natural Vitamins Store

Monday 5 November 2012

Penyusuan susu ibu dan VITAMIN

Susu ibu amat penting untuk bayi dan harus diberikan kepada setiap anak-anak sepertimana yang termaktub dalam kitab suci Alquran :

'Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu'
~al baqarah: ayat 233~

Adalah menjadi kewajipan kepada ibu-ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan hak untuk menikmati penyusuan itu.

Alhamdulillah.. sekarang semakin ramai yang menyedari kewajipan ini.. tapinya..sebelum sibuk- sibuk tanya
" nak makan apa ye.. nak banyakkan susu badan ni? susu saya tak nak keluar banyak..." hmmm... Jom tanya diri masing- masing " Saya dah cukup ilmu pasal penyusuan ke belum ye.. ke ada lagi yang saya belum tahu??"

Masalah :Kekurangan Susu Ibu 

Sebab - Pengaliran susu anda akan menyusut kerana kurang rangsangan akibat faktor-faktor yang berikut :

1. Jika anda tidak membenarkan bayi menghisap sekerap yang ia hendak.
2. Jika anda mula memberikan makanan tambahan terlalu awal atau memberi susu botol.
3. Jika anda beri bayi menghisap sebelah buah dada sahaja.

Susu anda juga akan menyusut :

1. Jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu.
2. Jika anda menghadapi tekanan emosi.

Penyelesaiannya -

1. Susui bayi anda sekerap mungkin dan sekerap yang dikehendakinya.
2. Cuba susui bayi anda pada setiap 2 jam.
3. Susui bayi anda dari kedua-dua belah buah dada.
4. Perbaiki pengambilan makanan anda. Lebihkan makanan membina badan (seperti ikan, ayam, daging, telur, susu, kekacang, biji-bijian dan kacang) dan makanan mencegah penyakit (seperti buah-buahan dan sayur- sayuran).
5. Yakini diri sendiri. Anda boleh menyusu bayi anda.
6. Cuba tenangkan diri anda.

Pengambilan Vitamin disarankan untuk ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu dan dapat membantu ramai ibu menjalani kehidupan yang lebih berkualiti. Set vitamin untuk ibu yang menyusukan dari Shaklee bukan sahaja dapat dijadikan 'milk booster'  tetapi membantu ibu :
  • Lebih bertenaga
  • Kurang stress/tekanan perasaan
  • Mengelakkan meroyan
  • Mengurangkan sakit badan (sakit urat)
  • Kurang mengantuk (di waktu yang tak sepatutnya mengantuk)
  • Perbaiki keintiman suami isteri
  • Memiliki wajah berseri-seri
  • Mencantikkan kulit dan kuku
  • Mengawal berat badan
  • Membanyakkan susu ibu
inilah supplement shaklee yang saya ambil sewaktu breastfeeding sarah :) alhamdulillah.. dapat susukan sarah sampai umur 2 tahun..

P/S : hubungi saya untuk mendapatkan set penyusuan dengan PAKEJ ISTIMEWA !!

SMS:012-9372050
iedaz38@yahoo.com
PM :My Natural Vitamins Store


 








Saturday 3 November 2012

Penting ke ambil vitamin sebagai supplement?

Soalan cepu mas :)..

Menurut kajian kesihatan, adalah amat ditekankan bahawa pengambilan makanan seimbang , diet yang penuh nutrisi akan memberikan anda vitamin dan mineral yang begitu penting untuk kualiti dan tahap kesihatan yang optimum. Persolannya.. diet harian kita macam mana ye? ikut piramid makanan yang disyorkan kah? :) tepuk dada tanya selera...

Vitamins, vitamins, vitamins.. Samaada kita dapatinya melalui diet seharian, sumber matahari, ataupun daripada kedai/ farmasi yang berbentuk kapsul/tablet/cecair.. vitamin adalah keperluan penting untuk kesihatan serta menolong badan berfungsi dengan baik...
Kekurangan vitamin menyumbang kepada banyak permasalahan yang merangkumi banyak aspek kesihatan..menyumbang ke arah masalah secara umumnya:
  • daripada terlalu kurus (anorexia) hingga ke obesiti,
  • kegagalan organ untuk berfungsi dengan sempurna
  • keraguan/gangguan fungsi otak
  • kemurungan
  • keletihan
Oleh itu.. adalah penting untuk mengetahui perbezaan antara vitamin semulajadi/organik dengan vitamin sintetik. Ramai yang masih tidak sedar dan mengetahui bahawa vitamin yang mereka ambil daripada jenis yang mana.. kebanyakannya adalah sintetik (tak bagus ni).

Vitamin daripada produk Shaklee merupakan vitamin semulajadi yang sentiasa berkesan, selamat dan mesra alam :)

JOM KENALI PRODUK SHAKLEE :)

Vitamin kesayangan saya :)