Monday 10 December 2012

SET BERPANTANG SHAKLEE

Alhamdulillah... hari ni genap 30 hari saya berpantang. Pantang gaya ala2 moden skit sebab tak guna jamu-jamu pun. Anak jaundice( kuning) sejak hari ke 3 kelahiran. Ketiga-tiga anak pun kena jaundice.. agaknya saya berdarah 'o'. Memang berisiko anak jaundice.. Apa yang menjadi temanku semasa pantang untuk kekal sihat dan baikpulih segala tisu-tisu dan sel yang dah luka dan mati itu adalah vitamin Shaklee:) 

Cadangan Supplement semasa berpantang Shaklee:

1) MULTIVITAMIN (VITALEA) + IRON

  • mengandungi 23 jenis vitamin dan mineral yang sangat diperlukan terutamanya bagi wanita yang berpantang, amat sukar untuk memperolehi kesemua zat vitamin dan mineral ini melalui diet harian ketika berpantang memandangkan ada makanan yang perlu dielakkan (pantang makan). iron atau zat besi di dalam vitalea membantu meningkatkan sel-sel darah merah yang mana telah banyak kehilangan semasa proses kelahiran. So, tak de la muka kita pucat lesi, lesu dan tidak bermaya disebabkan kurang darah..

2) VIT C

  • sangat penting untuk membantu penyembuhan luka jahitan dan baikpulih sel-sel serta tisu badan. vitamin C turut membantu pembentukan kolagen seterusnya mencantikkan kulit dan meningkatkan sistem pertahanan badan

3) B-COMPLEX plus Asid Folic

  • bertindak sebagai penenang, stress, seterusnya mengelakkan 'meroyan' semasa pantang:). Kandungan asid folic di dalamnya turut membantu pembentukan sel darah merah

4) ZINC COMPLEX

  • Merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.  Zinc membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengurangkan rambut gugur, Memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein dll
pengalaman sendiri setelah amalkan supplement ini semasa pantang: hari ke4 selepas bersalin.. cik B sudah bengkak, susu keluar dengan banyak dan lancar.. tak dapat bengkak sampai 'demam susu' pun :). hari ke6, dah boleh buat stock susu EBM sebab susu banyak sangat, baby tak habis nak minum semua setiap sesi penyusuan walaupun saya bagi baby minum sejam sekali (sebab baby jaundice).Alhamdulillah.. sihat dan segar walaupun tanpa jamu:)

adalah baiknya jika di tambah dalam supplement ini dengan minuman ESP(ENERGIZING SOY PROTEIN). Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu

Sunday 9 December 2012

VITAMIN IBU MENYUSU

Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi kita. Oleh itu, sebaiknya, berikanlah susu yang bernutrisi untuk simanja kita.. Lengkapkanlah dengan segala zat nutrisi dalam susu ibu khas buat anak..

SENARAI DI BAWAH ADALAH SARANAN NUTRIEN YANG PERLU DIAMBIL OLEH PARA IBU YANG MENYUSU BAYI BAGI MEMASTIKAN KESIHATAN BAYI DAN IBUNYA

1. MULTIVITAMIN
- Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.



2. PROTEIN
-bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna.Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Disarankan untuk mengambil sekurang-kurang 3 hidangan protein berkhasiat setiap hari.



3. VITAMIN C
- Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu kepada bayi. Oleh itu menyusu bayi secara eksklusif  dapat melindungi bayi daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gusi, gigi yang sihat



4. VITAMIN B KOMPLEKS
- Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh ibu dan bayi setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi melalui susu ibu.



5. KALSIUM
-40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.



6. ASID LEMAK OMEGA 3
- Pengambilan dan tambahan Asid lemak Omega -3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan omega-3 lebih banyak di dalam otak. 
tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hyperaktif dan masalah tumpuan(ADHD) atau autism



7.ALFALFA
-Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K,A,B1,B6,C,E,kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Ia juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.


DAPATKAN VITAMIN2 INI DARI SAYA..

HUBUNGI SAYA
HAIDAR
SMS:012-9372050
iedaz38@yahoo.com
PM di FB :My Natural Vitamins Store