Saturday 17 November 2012

Vitamin semasa mengandung yang terbaik

x
Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman sendiri semasa mengandung anak ketiga. Alhamdulillah..sejak tahu UPT positive, terus saya berazam..rezeki yang Allah beri ini akan saya jaga dari peringkat awal kehamilan..mahu menggunakan pengalaman yang sebelum ini dan memperbaiki lagi agar anak yang dilahirkan sihat,menjadi anak yang soleh..insyaAllah..

Sebagai pengguna tegar produk Shaklee sejak menyusukan Sarah(anak kedua), semestinya saya memilih vitamin dari Shaklee juga untuk supplement semasa mengandung kali ini. Biarpun banyak yang kena telan, besar-besar pulak tu pilnya..demi anak tercinta dan kesihatan diri, saya sanggup :)


Kenali SET VITAMIN UNTUK IBU MENGANDUNG SHAKLEE

terdiri daripada:

  1. VITALEA
  2. VITAMIN C SUSTAINED RELEASE
  3. VITAMIN B COMPLEX
  4. OSTEMATRIX
  5. OMEGA GUARD(untuk trimester kedua dan ketiga)
Syukur alhamdulillah.. sepanjang mengandung, saya sentiasa sihat, jarang kena demam walaupun rutin tugas harian amat memenatkan untuk ibu hamil. Sepanjang check-up antenatal, semuanya 'uneventful'-tekanan darah normal, ujian untuk kencing manis tiga kali-normal,keseluruhan berat naik semasa tempoh mengandung masih dalam range normal dan rutin ultrasound menunjukkan perkembangan bayi yang normal dan mengikut graf pertumbuhan yang baik. Yang paling ketara perbandingan yang dapat saya buat dengan waktu hamil sebelum ini adalah gusi sekali je bengkak.. kalau dulu banyak kali bengkak, kadang-kadang sampai ambil antibiotik 2-3 kali untuk masalah tersebut. Kulit muka pun ok je..jerawat yang timbul masa mula-mula hamil cepat hilang tanpa parut. Syukur lagi..:)

tanggal 12/11/2012 jam 7.32 pagi.. alhamdulillah.. lahir putera pertama saya dalam keadaan sihat, berat 3.8kg.huh.. semangat. kelahiran yang senang, sakit kuat bermula jam 4pg (5cm). syukur dapat bersalin secara normal walaupun baby agak semangat beratnya.. Sekarang saya sedang teruskan dengan SET BERPANTANG dari SHAKLEE :) 

berminat untuk dapatkan supplement ini? boleh hubungi saya :

SMS:012-9372050
iedaz38@yahoo.com
PM di FB :My Natural Vitamins Store 
 


No comments:

Post a Comment