Wednesday 11 December 2013

Set Bersalin dan Set Berpantang Terbaik Shaklee

Antara salah satu dilema ibu yang sedang mengandung dan hampir melahirkan cahaya matanya adalah memilih set bersalin atau set berpantang yang terbaik untuk dirinya serta kebaikan bayi yang bakal dilahirkan. Bagi yang pernah melalui pengalaman bersalin dengan menggunakan Set Bersalin Shaklee mereka mampu menilai bahawa inilah yang terbaik buat mereka. Pengalaman diri sendiri yang telah menggunakan set bersalin shaklee ini semasa melahirkan anak ketiga sangat teruja dengan kelebihannya berbanding dengan set-set lain yang pernah saya cuba untuk dua anak sebelumnya. boleh baca pengalama saya DISINI.

Siapa yang sesuai untuk ambil SET BERSALIN & PERPANTANG SHAKLEE?
  • ibu yang bersalin normal
  • ibu yang bersalin secara pembedahan dan semestinya
  • ibu yang ingin cepat sihat,bertenaga serta menyusukan anaknya sehingga anak membesar dengan sihat.
VIDEO Testimoni Set Bersalin dan Set Berpantang SHAKLEE


Dah lihat video ni? dah baca pengalaman saya? InsyaAllah anda takkan ragu-ragu lagi selepas ini. Set ini bukan sahaja mempercepatkan proses pembaikan luka, smalah ibu lebih bertenaga, tidak stress, secara automatik proses pengeluaran susu akan berjalan lancar.

PERSOALAN YANG MUNGKIN BERLEGAR-LEGAR DI FIKIRAN ?

1) Bila boleh guna set ini?
  • sebabnya kan ada antara set-set lain yang cadangkan selepas beberapa hari bersalin. Tetapi SET BERSALIN SHAKLEE boleh digunakan sejurus selepas kelahiran bermula hari pertama
2) Panas ke SET BERSALIN SHAKLEE ni?
  • TIDAK sama sekali kerana ianya bukanlah jamu yang boleh sampai anak cirit birit ya. Ia terdiri daripada supplement lengkap dengan mineral yang diperlukan Ibu bersalin dan menyusukan
3) Berapa lama tahan SET BERSALIN SHAKLEE?
  • tahan sampai habis pantang dan boleh disambung sehingga sepanjang perjalanan anda menyusukan anak anda,
4) Mahal ke?
  • InsyaAllah, berbaloi-baloi. Nak tahu harga terbaik terutama bulan ini boleh PM atau SMS saya di 012-9372050 atau email iedaz38@yahoo.com
  • boleh like fan page vitamins store

Monday 9 December 2013

Rahsia Omega Guard Shaklee untuk kurus

Ramai tertanya-tanya terutamanya yang sedang berusaha gigih untuk kurus bagaimana minyak ikan terbaik dari shaklee ini boleh kuruskan badan. Ada rahsia Omega Guard untuk kurus yang masih ramai tidak mengetahuinya. Agaknya Omega Guard ni juga yang menjadi rahsia saya kurus kembali setelah lahirkan anak yang ke tiga. Alhamdulillah, berat selepas bersalin mencecah berat sebelum mengandung.

Omega guard merupakan minyak ikan yang mana ia mengandungi asid lemak EPA dan DHA. Kalau tengok iklan susu formula ni depa duk berebut cakap susu mereka kaya dengan EPA dan DHA ni lah yang mana baik untuk perkembangan otak anak.Tapi fungsi lain omega ni adalah bakar lemak. Wahh.. ye ke boleh terbakar lemak tu? Asid lemak tapi boleh bakar lemak? Ya.. Bagaimana omega guard membakar lemak?
Rupanya Omega membantu meningkatkan hormon Leptin seseorang yang mana selepas pengambilan omega:

  • selera makan akan berkurang seterusnya dapat mengawal selera makan dengan mengawal paras gula dalam darah.
  • kadar metabolisme badan akan meningkat yang membantu pembakaran lemak dan akhirnya akan menurunkan berat badan
  • pembakaran lemak akan ditukarkan kepada tenaga. Jadi anda akan lebih bertenaga dan sentiasa cergas.
banyak kajian yang telah dilakukan terhadap omega untuk kuruskan badan ini. Salah satunya adalah " Kajian dari Australia telah menunjukkan orang yang mengambil Omega-3 dan juga exercise membakar lemak lebih daripada orang yang hanya exercise (tidak mengambil omega-3) dan orang yang hanya exercise dan mengambil lemak jenis lain..."

Dah tahu mekanisma omega kuruskan badan kan.. 
Ada manfaat lain Omega Guard ini iaitu :
untuk wanita mengandung dan wanita yang menyusukan anak. Anak-anak sangat memerlukan bekalan EPA dan DHA untuk perkembangan otak dan agar sel-sel otaknya berhubung yang boleh mereka membesar dengan pintar.
Selain itu, siapa yang digalakkan mengambil omega guard:
Dapatkan Omega Guard anda dari saya 
PM/SMS/WhatsApp ke 012-9372050
email : iedaz38@yahoo.com




Sunday 10 November 2013

Testimoni VIVIX dan kencing manis

Setelah bertahun mama saya menghidapi kencing manis, akhirnya saya ketemu supplement yang TERBAIK untuk pesakit kencing manis seperti ibu saya iaitu VIVIX SHAKLEE.
Nak cite skit pasal diabetes mama saya ni. Dia da menghidap tak silap hampir 10 tahun kot. Dek kerana pada awalnya mengandung baby yang besar-besar belaka. Dari 4.3kg hingga 4.5 kg.
Follow up beberapa bulan sekali di HUSM, DR bagi dia ubat makan metformin bermula 250mg dua kali sehari (separuh biji) sehingga sekarang da naikkan sampai 1g. Mama ni kadang kontrol kadang tidak makannya. Tapi minuman manis memang dia elakkan.
Saya belikan glucometer untuk dia monitor diabetes di rumah. Biasanya kalau puasa malam, pagi tu check takkan kurang 6 punya. (The best control fasting sugar sepatutnya kurang 6). Saya mula berikan mama VIVIX SHAKLEE untuk kencing manisnya bermula tahun lepas, semasa promo VIVIX tu. Alhamdulillah, setelah sebotol habis ma baru nak check gulanya, dengan gembiranya sms saya di pagi hari gulanya semasa puasa 5.0 sahaja! Riang tak terkira.. rupanya dia tak ambil pun dose 1g metformin tu. Syukur Alhamdulillah..mama pun makin sihat dan bertenaga.
Balik kampung minggu lepas tengok perubahan tang kulit dia.. kulit mama nampak tegang! Yes.. dapat side effect VIVIX yang best iaitu anti penuaan. Ma cakap kawan office penah tegur mukanya still muda macam zaman kerja dulu. Umur mama saya da 59 tahun. Belian pencen seawal 50 tahun. Syukur lagi.. walau harga VIVIX agak mahal namun berbaloi untuk mama saya. Ibu di dunia ni seorang aje.. sayang ibu melebihi  segala..

Apalagi..jom hadiahkan vivix untuk yang tersayang..
Pm saya untuk harga vivix terbaik bulan ini sahaja
Sms/WhatsApp 012-9372050

Monday 27 May 2013

TESTIMONI VIVIX SHAKLEE

Ramai yang telah mencuba tonik hebat dari Shaklee ini. Disini saya akan kongsikan beberapa testimoni vivix Shaklee yang telah di berikan oleh rakan-rakan. Sangat banyak feedback positif yang menggembirakan. Maka tak rugi kalau cuba tonik ajaib ni.. dah rasa 'best' dia mesti nak tambah lagi.. dah tambah tu memang berbaloi-baloi..sebab boleh kumpul point..uv(point) vivix ni banyak..hehe..tapi kenala beli 2 botol..keahlian percuma disamping nikmati cash money back..

 



haa..kan banyak tu...nak lagi?..yakinlah.. dengan amalkan vivix secara konsisten insyaAllah dengan izinNya.. sihat walafiat.. saya akan kongsikan lagi testimoni-testimoni vivix yang pastinya da boom ni..

untuk dapatkan VIVIX:sms 012-9372050@ pm di fb vitamins store











Saturday 18 May 2013

Baguske MEALSHAKE SHAKLEE Untuk Anak ?

Ramai nak tahu baguske MEALHAKE SHAKLEE untuk anak ni? Setiap insan yang bergelar ibu dan bapa inginkan anak-anak yang sihat dan bijak pandai. Salah satu faktor yang membawakan anak-anak kita ke arah itu adalah dengan pemakanan yang sihat.

Ada diantara kanak-kanak yang susah sangat nak makan. Bila makan pula memilih. Anak-anak yang "picky eater" ini memang memeningkan dan merunsingkan hati ibu-ibu. Nak menjawab kepada persoalan di atas: MEALSHAKE SHAKLEE untuk anak memang BAGUS! Saya sendiri memang bagi anak-anak mealshake ni..setakat ni dah hampir habis 3 canister.

KHASIAT dan KEBAIKAN MEALSHAKE untuk anak

Secara ASASNYA...

Merupakan NUTRISI LENGKAP- menyediakan 24 jenis vitamin,mineral dan zat perlu.INGAT! Kurangnya zat boleh sukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh. Turut mempunyai lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak
Kaya PROTEIN - dan TIDAK MENGANDUNGI LAKTOSA. Protein membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku,rambut,organ,darah,imun dan lain-lain
Membantu TUMBESARAN - mengandungi asid folik,biotin,kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
Anti-oksida - Mengandungi Vitamin A,C,E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
Mengembalikan seri wajah - mengandungi vitamin B lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membinasel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit cantik
Detoksifikasi - Kaya dengan SERAT LARUT untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus
Rasa yang LAZAT - serta penggantian segera kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga

oleh itu..ia bukanlah semata-mata untuk anak..baik juga untuk dewasa kan..(>‿◠)✌

nak berikan untuk anak tersayang? untuk pengetahuan..saya selalu buat pancake guna MEALSHAKE ni.. anak memang suka..ayahnya pun bertambah2..nak resepi? kena dapatkan MEALSHAKE dulu :)nanti saya kongsikan resepi ya..

dapatkan dari saya:
PM di FB Vitamin Store atau
SMS 012-9372050

KONSULTASI PERCUMA..HARGA MAMPU MILIK TERHEBAT


Thursday 16 May 2013

Vitamin dan Nutrisi Sebelum Hamil

Bukan sahaja semasa hamil dan semasa menyusukan bayi sahaja perlukan vitamin, malah vitamin dan nutrisi sebelum hamil juga diperlukan .Apa yang kita dan suami makan bakal mencerminkan kecerdasan dan kesihatan anak yang bakal dilahirkan..

So.. kepada yang merancang untuk hamil..jom tengok apa yang kalian perlu:

 Asid Folik
salah satu unsur vitamin B yang terbentuk di dalamnya dapat mengelakkan kecacatan saraf tunjang seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir sebanyak 80%. Jadi, tingkatkan pengambilan asid folik sebelum dan ketika 12 minggu pertama kehamilan. Asid folik banyak terkandung didalam bayam, kacang buncis dan panjang, produk soya, kekacang, makanan yang diperkaya seperti jus, bijirin,buah-buahan sitrus, ayam dan ikan.

 Zat Besi
Nutrisi ini amat penting bagi membantu sel-sel darah merah dalam badan manusia dan mencegah anaemia. Keperluan zat besi lebih penting bagi wanita hamil kerana jumlah haemoglobin yang meningkat ketika itu terutama pada dua semerter terakhir. Zat besi banyak terdapat dalam makanan penambah darah seperti daging merah, limpa,ikan bilis, tauhu dan tempe.

✤ Kalsium
Keperluan kalsium perlu ditingkatkan untuk mengurangkan gejala ibu mengalami kebas atau kekejangan sepanjang tempoh kehamilan. Ia turut berperanan mengurangkan kecenderungan ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi sewaktu hamil. Atas sebab itulah wanita hamil digalakkan minum susu untuk keperluan kalsium yang mencukupi.

 DHA 
Berperanan penting terhadap perkembangan minda bayi. DHA berfungsi untuk memantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi.

✤ Air digalakkan minum air minimum 10gelas air masak sehari.Boleh juga nak variasikan dengan minuman lain :)

boleh ambil supplement yang tentunya dari sumber semulajadi..SHAKLEE..sebagai persediaan untuk hamil:

VITALEA IRON FORMULA; multivitamin yang cukup lengkap..satu hidangan dalam ni ada 200mg asid folic, dan juga Zat Besi (IRON) 9mg
B COMPLEX : Ada lagi tambahan 200mg asid folik (pengambilan 400mg asid folik sehari adalah kadar yang perlu buat persediaan sebelum dan semasa hamil)
Vitamin C: memelihara kesihatan kulit,tulang dan gigi
OMEGA GUARD-boleh diambil bermula trimester kedua semasa kehamilan untuk bekalan DHA bayi

PESANAN SAYA:::::::::



untuk order:
✏ PM di Fb Vitamins Store
✏ SMS 012-9372050 atau
✏ ISI ORDER FORM

Wednesday 15 May 2013

GLA COMPLEX DAN WANITA

Wanita dengan kecantikan ni memangla tak boleh dipisahkan.. nak keluar beli barang depan rumah pun nak cantik..dalam rumah apatah lagi kan..(✿◠‿◠)..untuk yang bersuami.. tanggungjawab isteri haruslah cantik depan mata suami..

Bercerita pasal cantik ni GLA Complex memang bagus buat wanita yang sayangkan kesihatan serta kecantikan. Apa tu GLA ?Ia adalah singkatan kepada Gamma-linolenic acid yang mana merupakan sejenis asid lemak omega-6 yang biasanya didapati daripada evening primerose oil, minyak biji borage dan minyak black currant. SHAKLEE GLA COMPLEX diekstrak daripada borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavaibiliti dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO.

meh tengok rupa GLA ni..
GLA COMPLEX
MANFAAT GLA UNTUK WANITA?

Mengawal selia estrogen - GLA menghasilkan prostaglandin untuk mengawal selia hormon wanita , memperbaiki simptom PMS
Melambatkan menapaus - memperbaiki keadaan menapaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depression. Pengambilan jangka masa panjang MELAMBATKAN PENUAAN.
Pelangsingan dan menghalang penambahan berat badan - merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone kepada kulit wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik.
Memperbaiki struktur rambut - elok guna kalau rambut kering atau selalu gugur

banyak lagi manfaat GLA COMPLEX SHAKLEE.. saya akan kongsikan secara berperingkat ya..ツ

untuk order:
✏ PM di Fb Vitamins Store
✏ SMS 012-9372050 atau
✏ ISI ORDER FORM

Thursday 2 May 2013

Sarapan yang kenyang dengan ESP

Salam ceria di pagi jumaat. Alhamdulillah, Allah pinjamkan lagi nyawa segingga hari ini.. sihat walafiat.. Sempat lagi nak mengupdate ni.. kongsi2 menu sarapan pagi..sebelum keluar rumah.. siap-siapkan kelengkapan anak-anak untuk nursery.. last sekali pegi dapur.. kacau air best + kenyang + sihat = Impak maksima.. hehe

Menu air untuk sarapan yang comel:

1) 1 paket oat 2 in 1 (kadang vanila..kadang perasa coklat)
2) 2 sudu besar ESP
3) 1 sachet Shaklee Collagen Powder. .

Hurmmm..yummy. . Minum pula dengan vitalea ,bcomplex, omega dan alfalfa.. memang kenyang

Gambar sebelum dibancuh

taraaaaaa.... yg ni da siap bancuh.. mmg yummylaa..lemak berkrim..

sape nak try mmg di alualukan.. kebaikan ESP ni:

  • dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya biasanya bersifat keasidan
  • dihasilkan daripada soya non-GMO (selamat dari risiko toksin)
  • protein yang lengkap- mengandungi 9 asid amino perlu yang penting untuk fungsi badan
  • rendah lemak, tanpa kolesterol
  • diproses menggunakan air, bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
  • protein soya(tumbuhan) lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan
  • memberikan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam
  • membantu menjadikan kulit lebih berseri dan anjal- merangsang regenerasi kulit & otot, mengurangkan kedutan, mempercepatkan pemulihan luka serta memudarkan parut
  • mengandungi isoflavone yang membantu mengurangkan risiko kanser, bertindak sebagai antioksidan, menguatkan sistem imun tubuh, mempertingkat tahap kolesterol yang baik, memelihara kesihatan jantung dan banyak lagi..
yg berminat: boleh hubungi saya:
SMS:012-9372050
iedaz38@yahoo.com
fb vitamins store

Wednesday 1 May 2013

VIVIX SHAKLEE ANTI PENUAAN

Lama menyepi melawat balik blog ini yang telah bersawang sekian lama..huhu.. lepas start keje hampir 3 bulan.. baru berkesempatan meng'update' di sini.. Nak kongsikan disini.. bulan lepas beli Vivix.. hehe nak merasa keajaiban Vivix Shaklee ini..:)

serba sedikit dulu tentang Vivix Shaklee..preview gambar botolnya dan kebaikannya


Apa itu Vivix Shaklee?

Ia merupakan salah satu produk anti-penuaan daripada Shaklee. Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.  


Bagaimana Vivix berfungsi?
Dalam kajian makmal, bahan-bahan dalam makanan tambahan anti-penuaan ini mempunyai
telah terbukti memberi kesan kepada empat mekanisme utama penuaan selular. 
* Ini bermakna Vivix:
• Membantu melindungi dan membaiki DNA selular *
• memberi kesan positif pengawal selia genetik *
• Menggalakkan biogenesis mitokondria *
• Melambatkan pembentukan AGE (Advanced produk End Glycation) protein *
Vivix juga:
• Menyokong kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular *
• Menyokong kesihatan otak *
• Menyokong fungsi imun *
• Menyokong kesihatan sendi *
• Menggalakkan panjang umur sel *
• Menggalakkan kesihatan yang baik dan kesejahteraan *
• Bekalan antioksidan; melawan radikal bebas *
• Meningkatkan tenaga sel *

meh dapatkan Vivix ni..
Hubungi
HAIDAR
SMS:012-9372050
iedaz38@yahoo.com

Thursday 24 January 2013

SHAKLEE COLLAGEN POWDER:LEBIH MUDA DAN MENAWAN

Sejak kebelakangan ni ramai betul yang mengiklankan tentang kolagen. Bermacam-macam jenis kolagen yang ada di pasaran dari pelbagai jenis sumber. Semua orang mahukan tampil lebih muda dan menawan di saat usia makin meningkat :) Tahap penghasilan kolagen pula semakin berkurangan dengan peningkatan usia. Masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan kolagen sebagai makanan tambahan. Shaklee Collagen Powderlah yang TERBAIK!!
SHAKLEE COLLAGEN POWDER (SCP)
PERBEZAAN SHAKLEE:

Shaklee Collagen Powder adalah supplement kolagen yang unggul, mengandungi 4000mg kolagen RSS(Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah. Berat molekularnya rendah sekitar 1000 Dalton ini menyebabkan ia senang diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

7 ramuan utama SCP : 

1) KOLAGEN DARI SISIK IKAN MERAH
# sisik ikan merah adalah sumber kolagen premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan

2) EKSTRAK BIJI CAMELLIA JAPONICA
# terdiri daripada asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas

3) EKSTRAK PFAFFIA
# apabila digabung dengan Camellia Japonica, ia membantu pembentukan kolagen dan asid hyaluronic.Asid hyaluronic ini memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembap, lembut dan licin

4) ELASTIN KOLAGEN IKAN
# Elastin memelihara kulit menjadi fleksible tetapi tegang, reaksi melantun apabila kulit ditarik. Elastin bersama kolagen akan mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik

5) VITAMIN C DAN VITAMIN B
# Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit
# Vitamin B turut serta dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan kolagen di dalam sel

6) EKSTRAK KERANGAN
# Glucosamine ekstrak kekerang penting untuk sintesis cecair sinovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata

7) LACTOBACILLUS ACIDOPHILUS
# Membantu mengimbangi microflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

taraa.. & kombinasi yang cukup mantap untuk menghasilkan kolagen yang TERHEBAT untuk anda tampil lebih muda dan menawan. =)

dapatkan kolagen dari saya

Hubungi
HAIDAR
SMS:012-9372050
iedaz38@yahoo.com
PM di FB :My Natural Vitamins Store  

Monday 21 January 2013

PERBEZAAN VITAMIN E SHAKLEE

Mari kita kenali.. apa yang ada dalam Vitamin E complex Shaklee ini.. yang membuatkan ianya berbeza dengan yang lain.. yang pasti ia adalah organik.


  • Vitamin E Shaklee dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d- alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E( alpha, beta, delta, gamma) 
  • mengandungi 10mg SELENIUM SEMULAJADI yang :
  1. membantu tubuh kita menyerap vitamin E,memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot.
  2. penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium
  3. mengukuhkan anti-oksidan
  4. melindungi retina
  5. tambahan selenium da n Vitamin E boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan, terutama pada pergerakan sperma.
KINI: ia diperkaya dengan ekstrak biji anggur!!!

 VITAMIN E SHAKLEE boleh didapati di dalam set;
1) ANTIOKSIDA : ACE (carotomax, vit C, vitamin E)
2) SUPPLEMENT untuk LELAKI (Men's vital health set) - kesuburan
3) Healthy circulatory

Dapatkan vitamin E anda dari saya berserta nasihat pengambilannya untuk kesan optimum =)

Hubungi
HAIDAR
SMS:012-9372050
iedaz38@yahoo.com
PM di FB :My Natural Vitamins Store 
 

KHASIAT VITAMIN E SHAKLEE

Salah satu daripada vitamin larut lemak (A,D,E,K) adalah vitamin E. Pengambilan vitamin dan keselamatannya ada di bincangkan secara terperinci  di dalam buku 'Prescription For Longevity' yang ditulis oleh Dr James Scala. Secara global, terdapat lebih dari 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan  dan keselamatan vitamin E. Kajian bertahun-tahun oleh University Harvard keatas kedua-dua lelaki dan wanita membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% dan strok 33%. Kajian juga membuat kesimpulan dos selamat adalah 3200IU.



Apakah Khasiat Vitamin E Shaklee ini?

1) Melindungi jantung - pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung ;- melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL,mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet melekat ke dinding arteri

2) Meningkatkan kemampuan reproduktif - pengambilan vitamin E 600IU-800IU sehari mampu meningkatkan kiraan sperma.

3) Anti- Penuaan - membantu melambatkan penuaan,mengurangkan kedut, garis halus, jerawat dan bintik penuaan. Mampu memulihkan tekstur kulit dan tona muka, dada dan otot peha.

4) Anti-Oksida yang kuat - mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.

5) Kelestarian tenaga - meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih

6) Perbaiki parut - boleh digunakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut

*** pakar nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, vitamin C dan E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksida dalam melawan radikal bebas

Apakah Kandungan Vitamin E shaklee? baca seterusnya DISINI

Dapatkan vitamin E anda dari saya berserta nasihat pengambilannya untuk kesan optimum =)

Hubungi
HAIDAR
SMS:012-9372050
iedaz38@yahoo.com
PM di FB :My Natural Vitamins Store 
 

Thursday 10 January 2013

OSTEMATRIX SHAKLEE- BUKAN SEKADAR KALSIUM

Ostematrix shaklee =)
Salam ceria.. =)
Bercerita hangat tentang PROMO JAN 2013 tentang AJHT(Advance Joint Heath Tablet) tak boleh dipisahkan dengan Ostematrix Shaklee ni.. Tulangkan struktur penting dalam tubuh manusia.. Oleh itu..menjadi kewajipan untuk kita jaga kesihatan tulang supaya 'tahan lama' =) Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima secara menyeluruh.

Apakah Ostematrix? 

Ostematrix Shaklee adalah lebih daripada sekadar kalsium kerana ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kesemua nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk memastikan kadar penyerapan yang bagus.

Pengambilan Ostematrix 4 tablet sehari membekalkan:

  • 1000mg (100% Daily value) kalsium yang senang diserap
  • 400 mg (100% Daily value) magnesium
  • 400IU (100% Daily value) Vitamin D yang merangsang penyerapan kalsium
Recommended Dietary Allowances (RDAs) for Calcium [1]
AgeMaleFemalePregnantLactating
0–6 months*200 mg200 mg
7–12 months*260 mg260 mg
1–3 years700 mg700 mg
4–8 years1,000 mg1,000 mg
9–13 years1,300 mg1,300 mg
14–18 years1,300 mg1,300 mg1,300 mg1,300 mg
19–50 years1,000 mg1,000 mg1,000 mg1,000 mg
51–70 years1,000 mg1,200 mg
71+ years1,200 mg1,200 mg
* Adequate Intake (AI)


** sumber table:http://ods.od.nih.gov/factsheets/Calcium-HealthProfessional/#disc

ELAKKAN OSTEOPOROSIS


Kalsium yang mencukupi juga penting untuk ibu yang mengandung dan menyusukan anak.. Oleh itu, Ostematrix boleh diamalkan untuk kaum ibu tersebut, disamping membantu diri sendiri, anak juga akan mendapat manfaat kalsium yang secukupnya dari ibu yang menyusukan mereka=)

Dapatkan supplement ini ya=)
Hubungi
HAIDAR
SMS:012-9372050
iedaz38@yahoo.com
PM di FB :My Natural Vitamins Store 
 


Tuesday 8 January 2013

SUPPLEMENT TULANG & SENDI ANDA: AJHT

Salam.. kali ini, mahu bercerita tentang makanan/supplement untuk sendi dan tulang pula, sempena promosi JANUARY 2013 ini.. AHJT =)

Apakah itu AJHT? Singkatan kepada Advance Joint Health Tablet ini ialah satu formulasi propietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan untuk :
- menyokong pergerakan
- kelenturan sendi
- memastikan fungsi sendi yang sihat

JOM LIHAT GAMBAR PROMO BULAN JAN 2013:) BUY 6 FREE 1
SOALAN LAZIM UNTUK YANG BELUM MENGENALI AHJT:

a) Apakah kandungan AHJT ini?
--> AJHT adalah formula sayur-sayuran 100% yang mengandungi ekstrak unik Boswellia, ekstrak jagung, serta nutrien penting seperti Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C 

b) Apakah Boswellia?
--> Merupakan gum resin daripada pokok Boswellia Serrata, yang telah digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk meningkatkan keselesaan sendi. Kandungan aktif ekstrak ini adalah AKBA (3 acetyl-11-keto-beta-boswellic acid) yang bertindak sebagai agen anti-inflammatory semulajadi. Ia menolong sendi berfungsi secara baik dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan. SO>> tak perlulah makan anti-inflammatory drugs (steroid or nonsteroidal lagi kan)

c) Apakah kepentingan ekstrak jagung?
--> Ekstrak jagung membekalkan sumber semulajadi Glukosamina yang digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Secara asalnya Glukosamina juga terdapat didalam tendon dan ligamen, akan tetapi, jumlah penghasilannya akan berkurangan selari dengan peningkatan usia.  Ekstrak jagung juga membantu meningkatkan perlindungan sendi, menyokong pergerakan dan fleksibiliti sendi.

d) Mengapa produk ini mengandungi Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C?
--> Zink, Tembaga, Mangan merupakan faktor sampingan untuk enzim-enzim yang membina kolagen dan glukosaminogen. Vitamin C pula dibekalkan 100% keperluan oleh AJHT untuk membantu pembentukan kolagen serta tisu penyambung lain (other connective tissue)

e) Keistimewaan lain AJHT?
--> BEBAS CHONDROITIN.. MENGAPA? Kajian terkini menunjukkan kondroitin sulfat mengganggu penyerapan glukosamina yang biasanya senang diserap. TIDAK MENGANDUNGI  kondroitin sulfat sebab ia tidak diserap dengan baik bila diambil secara oral


PERBEZAAN DENGAN JENAMA LAIN
Pengambilan AJHT boleh dioptimumkan lagi jika diambil bersama-sama:

  •  OSTEMATRIX
  • OMEGA GUARD
Dapatkan AJHT daripada saya dengan harga promo:)

HAIDAR
SMS:012-9372050
iedaz38@yahoo.com
PM di FB :My Natural Vitamins Store