Monday 18 August 2014

Kenali Masalah Kulit Selepas Bersalin

Isu masalah kulit sangat sensitif terutama bagi kaum wanita la kan. Tak boleh naik jerawat sikit, bising satu kampung, apatah lagi berjeragat kulit muka. Ramai yang hadapi masalah kulit sewaktu hamil dan seterusnya selepas bersalin. Sebagai seorang wanita yang mengutamakan kecantikan, silalah ambil tahu masalah kulit selepas bersalin dan tindakan yang perlu dilakukan.

Antara masalah kulit yang berjaya dikenalpasti selepas bersalin adalah: 

Jeragat pada kulit muka
- Masalah ini dikenali sebagai chloasma atau melasma. Kawasan yang terlibat adalah pipi, dagu, hidung, bahagian antara hidung dan mulut atau dahi. Secara umumnya, jeragat pada muka disebabkan hormon yang tinggi sewaktu mengandung. Hormon ini menyebabkan pengeluaran melanin (pigmen) berlebihan yang menyebabkan warna gelap pada kulit.

Kesan Jegarat yang menghantui
 Garisan hitam pada perut dan kehadiran tahi lalat
- memang biasanya wanita hamil akan mempunyai garisan hitam pada perut yang muncul pada semester kedua. 'Medical term' untuk garisan ini adalah linea nigra. Garisan ini adalah garisan menegak berwarna gelap yang terbentuk pada tengah-tengah perut, biasanya merentasi pusat dengan kelebaran sehingga satu sentimeter. Ia berlaku disebabkan oleh pigmentasi kulit di mana otot abdomen anda meregang untuk memudahkan pembesaran bayi anda.
- sesetengah ibu hamil juga akan mengalami masalah kehadiran tahi lalat atau keratosis pada leher, pipi dan dada. Jangan risau! Tahi lalat yang timbul ini tiada kaitan pun dengan barah kulit. :)


➌ Kulit gelap di bahagian ketiak, bahagian sulit dan perut.
- mesti ramai yang tak selesa kan kalau timbul masalah kehitaman dikulit ini. Ada juga yang mengalami masalah hitam di celah peha terutama mereka yang baru lepas bersalin. Susah pula untuk hilangkan kehitaman kulit tersebut. Ketidakseimbangan hormon boleh menjadi salah satu sebab masalah ini.

 Tanda rengangan dan kulit kendur.
- tanda regangan atau nama glamornya adalah 'stretch marks' dan kulit kendur biasanya berlaku di sekitar bahagian perut, payudara, sekitar punggung dan paha.



TINDAKAN YANG WAJAR DILAKUKAN :

✔ Harus berpantang samada dengan rawatan tradisional atau mengamalkan pemakanan terpilih yang terbaik bagi memastikan tubuh badan luar dan dalam kembali segar dan bertenaga. Contoh: bertungku, berurut dan memakai bengkung.

✔ Tahukah anda? dengan berurut dan bertungku boleh mengurangkan masalah stretch marks? Hehe..ramai yang berurut tapi tak bertungku kan? Jadi boleh amalkan bertungku untuk masalah ini ya.. :)

✔ Hilangkan stretch marks anda dengan menyapu minyak atau krim yang kaya dengan vitamin E pada perut untuk menjadikannya lebih anda. Salah satu cara lain adalah dengan mengamalkan minuman yang tinggi protein seperti Energising Soy Protein bagi mendapatkan kulit yang kembali anjal dan cerah.

✔ Bagi ibu yang menyusukan anak, set penjagaan muka yang mengandungi vitamin C dan penggunaan krim pelindung matahari boleh membantu untuk menghilangkan jeragat. Minuman kolagen juga boleh meghilangkan jeragat yang menghantui diri anta itu. :)

✔ Garis hitam pada perut atau linea nigra tidak perlu dirawat kerana akan hilang dengan sendiri. Ianya akan pudar beberapa minggu selepas anda melahirkan. Tapi perlukah digosok sedikit untuk menghilangkan kulit kering. Masalah kulit gelap pada leher, ketiak dan alat sulit pun akan hilang sendiri.

✔ Amalkan pemakanan seimbang dan berzat, lebih protein, sayur-sayuran dan buah-buahan.

✔ Kurangkan makan makanan manis, berkalori tinggi dan makanan yang telah diproses.

✔ Lebihkan pengambilan air dan elakkan minuman berkarbonat atau berkafein.

✔ Bersenam untuk kesihatan dan detox melalui pengeluaran peluh. Amalkan senaman 2-3 kali seminggu. Jika tidak berkesempatan, lakukan sauna untuk 30minit untuk mengeluarkan toksin dari badan.

✔ Amalkan vitamin C untuk prokolagen dan membantu badan menghasilkan lebih banyak kolagen untuk kulit anjal.

Banyak tu cara-cara nak atasi masalah kulit selepas bersalin. Tinggal kita nak amalkannya atau tidak. Takkan nak biarkan dan goyang kaki sambil mengharapkan segalanya hilang sendiri kan. Itu tidak mungkin!! :)







No comments:

Post a Comment