Monday 10 December 2012

SET BERPANTANG SHAKLEE

Alhamdulillah... hari ni genap 30 hari saya berpantang. Pantang gaya ala2 moden skit sebab tak guna jamu-jamu pun. Anak jaundice( kuning) sejak hari ke 3 kelahiran. Ketiga-tiga anak pun kena jaundice.. agaknya saya berdarah 'o'. Memang berisiko anak jaundice.. Apa yang menjadi temanku semasa pantang untuk kekal sihat dan baikpulih segala tisu-tisu dan sel yang dah luka dan mati itu adalah vitamin Shaklee:) 

Cadangan Supplement semasa berpantang Shaklee:

1) MULTIVITAMIN (VITALEA) + IRON

  • mengandungi 23 jenis vitamin dan mineral yang sangat diperlukan terutamanya bagi wanita yang berpantang, amat sukar untuk memperolehi kesemua zat vitamin dan mineral ini melalui diet harian ketika berpantang memandangkan ada makanan yang perlu dielakkan (pantang makan). iron atau zat besi di dalam vitalea membantu meningkatkan sel-sel darah merah yang mana telah banyak kehilangan semasa proses kelahiran. So, tak de la muka kita pucat lesi, lesu dan tidak bermaya disebabkan kurang darah..

2) VIT C

  • sangat penting untuk membantu penyembuhan luka jahitan dan baikpulih sel-sel serta tisu badan. vitamin C turut membantu pembentukan kolagen seterusnya mencantikkan kulit dan meningkatkan sistem pertahanan badan

3) B-COMPLEX plus Asid Folic

  • bertindak sebagai penenang, stress, seterusnya mengelakkan 'meroyan' semasa pantang:). Kandungan asid folic di dalamnya turut membantu pembentukan sel darah merah

4) ZINC COMPLEX

  • Merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.  Zinc membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengurangkan rambut gugur, Memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein dll
pengalaman sendiri setelah amalkan supplement ini semasa pantang: hari ke4 selepas bersalin.. cik B sudah bengkak, susu keluar dengan banyak dan lancar.. tak dapat bengkak sampai 'demam susu' pun :). hari ke6, dah boleh buat stock susu EBM sebab susu banyak sangat, baby tak habis nak minum semua setiap sesi penyusuan walaupun saya bagi baby minum sejam sekali (sebab baby jaundice).Alhamdulillah.. sihat dan segar walaupun tanpa jamu:)

adalah baiknya jika di tambah dalam supplement ini dengan minuman ESP(ENERGIZING SOY PROTEIN). Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu

No comments:

Post a Comment