Showing posts with label vitalea. Show all posts
Showing posts with label vitalea. Show all posts

Wednesday, 11 December 2013

Set Bersalin dan Set Berpantang Terbaik Shaklee

Antara salah satu dilema ibu yang sedang mengandung dan hampir melahirkan cahaya matanya adalah memilih set bersalin atau set berpantang yang terbaik untuk dirinya serta kebaikan bayi yang bakal dilahirkan. Bagi yang pernah melalui pengalaman bersalin dengan menggunakan Set Bersalin Shaklee mereka mampu menilai bahawa inilah yang terbaik buat mereka. Pengalaman diri sendiri yang telah menggunakan set bersalin shaklee ini semasa melahirkan anak ketiga sangat teruja dengan kelebihannya berbanding dengan set-set lain yang pernah saya cuba untuk dua anak sebelumnya. boleh baca pengalama saya DISINI.

Siapa yang sesuai untuk ambil SET BERSALIN & PERPANTANG SHAKLEE?
  • ibu yang bersalin normal
  • ibu yang bersalin secara pembedahan dan semestinya
  • ibu yang ingin cepat sihat,bertenaga serta menyusukan anaknya sehingga anak membesar dengan sihat.
VIDEO Testimoni Set Bersalin dan Set Berpantang SHAKLEE


Dah lihat video ni? dah baca pengalaman saya? InsyaAllah anda takkan ragu-ragu lagi selepas ini. Set ini bukan sahaja mempercepatkan proses pembaikan luka, smalah ibu lebih bertenaga, tidak stress, secara automatik proses pengeluaran susu akan berjalan lancar.

PERSOALAN YANG MUNGKIN BERLEGAR-LEGAR DI FIKIRAN ?

1) Bila boleh guna set ini?
  • sebabnya kan ada antara set-set lain yang cadangkan selepas beberapa hari bersalin. Tetapi SET BERSALIN SHAKLEE boleh digunakan sejurus selepas kelahiran bermula hari pertama
2) Panas ke SET BERSALIN SHAKLEE ni?
  • TIDAK sama sekali kerana ianya bukanlah jamu yang boleh sampai anak cirit birit ya. Ia terdiri daripada supplement lengkap dengan mineral yang diperlukan Ibu bersalin dan menyusukan
3) Berapa lama tahan SET BERSALIN SHAKLEE?
  • tahan sampai habis pantang dan boleh disambung sehingga sepanjang perjalanan anda menyusukan anak anda,
4) Mahal ke?
  • InsyaAllah, berbaloi-baloi. Nak tahu harga terbaik terutama bulan ini boleh PM atau SMS saya di 012-9372050 atau email iedaz38@yahoo.com
  • boleh like fan page vitamins store

Thursday, 16 May 2013

Vitamin dan Nutrisi Sebelum Hamil

Bukan sahaja semasa hamil dan semasa menyusukan bayi sahaja perlukan vitamin, malah vitamin dan nutrisi sebelum hamil juga diperlukan .Apa yang kita dan suami makan bakal mencerminkan kecerdasan dan kesihatan anak yang bakal dilahirkan..

So.. kepada yang merancang untuk hamil..jom tengok apa yang kalian perlu:

✤ Asid Folik
salah satu unsur vitamin B yang terbentuk di dalamnya dapat mengelakkan kecacatan saraf tunjang seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir sebanyak 80%. Jadi, tingkatkan pengambilan asid folik sebelum dan ketika 12 minggu pertama kehamilan. Asid folik banyak terkandung didalam bayam, kacang buncis dan panjang, produk soya, kekacang, makanan yang diperkaya seperti jus, bijirin,buah-buahan sitrus, ayam dan ikan.

✤ Zat Besi
Nutrisi ini amat penting bagi membantu sel-sel darah merah dalam badan manusia dan mencegah anaemia. Keperluan zat besi lebih penting bagi wanita hamil kerana jumlah haemoglobin yang meningkat ketika itu terutama pada dua semerter terakhir. Zat besi banyak terdapat dalam makanan penambah darah seperti daging merah, limpa,ikan bilis, tauhu dan tempe.

✤ Kalsium
Keperluan kalsium perlu ditingkatkan untuk mengurangkan gejala ibu mengalami kebas atau kekejangan sepanjang tempoh kehamilan. Ia turut berperanan mengurangkan kecenderungan ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi sewaktu hamil. Atas sebab itulah wanita hamil digalakkan minum susu untuk keperluan kalsium yang mencukupi.

✤ DHA 
Berperanan penting terhadap perkembangan minda bayi. DHA berfungsi untuk memantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi.

✤ Air digalakkan minum air minimum 10gelas air masak sehari.Boleh juga nak variasikan dengan minuman lain :)

boleh ambil supplement yang tentunya dari sumber semulajadi..SHAKLEE..sebagai persediaan untuk hamil:

✔VITALEA IRON FORMULA; multivitamin yang cukup lengkap..satu hidangan dalam ni ada 200mg asid folic, dan juga Zat Besi (IRON) 9mg
✔B COMPLEX : Ada lagi tambahan 200mg asid folik (pengambilan 400mg asid folik sehari adalah kadar yang perlu buat persediaan sebelum dan semasa hamil)
✔Vitamin C: memelihara kesihatan kulit,tulang dan gigi
✔OMEGA GUARD-boleh diambil bermula trimester kedua semasa kehamilan untuk bekalan DHA bayi

PESANAN SAYA:::::::::



untuk order:
✏ PM di Fb Vitamins Store
✏ SMS 012-9372050 atau
✏ ISI ORDER FORM

Monday, 10 December 2012

SET BERPANTANG SHAKLEE

Alhamdulillah... hari ni genap 30 hari saya berpantang. Pantang gaya ala2 moden skit sebab tak guna jamu-jamu pun. Anak jaundice( kuning) sejak hari ke 3 kelahiran. Ketiga-tiga anak pun kena jaundice.. agaknya saya berdarah 'o'. Memang berisiko anak jaundice.. Apa yang menjadi temanku semasa pantang untuk kekal sihat dan baikpulih segala tisu-tisu dan sel yang dah luka dan mati itu adalah vitamin Shaklee:) 

Cadangan Supplement semasa berpantang Shaklee:

1) MULTIVITAMIN (VITALEA) + IRON

  • mengandungi 23 jenis vitamin dan mineral yang sangat diperlukan terutamanya bagi wanita yang berpantang, amat sukar untuk memperolehi kesemua zat vitamin dan mineral ini melalui diet harian ketika berpantang memandangkan ada makanan yang perlu dielakkan (pantang makan). iron atau zat besi di dalam vitalea membantu meningkatkan sel-sel darah merah yang mana telah banyak kehilangan semasa proses kelahiran. So, tak de la muka kita pucat lesi, lesu dan tidak bermaya disebabkan kurang darah..

2) VIT C

  • sangat penting untuk membantu penyembuhan luka jahitan dan baikpulih sel-sel serta tisu badan. vitamin C turut membantu pembentukan kolagen seterusnya mencantikkan kulit dan meningkatkan sistem pertahanan badan

3) B-COMPLEX plus Asid Folic

  • bertindak sebagai penenang, stress, seterusnya mengelakkan 'meroyan' semasa pantang:). Kandungan asid folic di dalamnya turut membantu pembentukan sel darah merah

4) ZINC COMPLEX

  • Merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.  Zinc membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengurangkan rambut gugur, Memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein dll
pengalaman sendiri setelah amalkan supplement ini semasa pantang: hari ke4 selepas bersalin.. cik B sudah bengkak, susu keluar dengan banyak dan lancar.. tak dapat bengkak sampai 'demam susu' pun :). hari ke6, dah boleh buat stock susu EBM sebab susu banyak sangat, baby tak habis nak minum semua setiap sesi penyusuan walaupun saya bagi baby minum sejam sekali (sebab baby jaundice).Alhamdulillah.. sihat dan segar walaupun tanpa jamu:)

adalah baiknya jika di tambah dalam supplement ini dengan minuman ESP(ENERGIZING SOY PROTEIN). Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu

Sunday, 9 December 2012

VITAMIN IBU MENYUSU

Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi kita. Oleh itu, sebaiknya, berikanlah susu yang bernutrisi untuk simanja kita.. Lengkapkanlah dengan segala zat nutrisi dalam susu ibu khas buat anak..

SENARAI DI BAWAH ADALAH SARANAN NUTRIEN YANG PERLU DIAMBIL OLEH PARA IBU YANG MENYUSU BAYI BAGI MEMASTIKAN KESIHATAN BAYI DAN IBUNYA

1. MULTIVITAMIN
- Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.



2. PROTEIN
-bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna.Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Disarankan untuk mengambil sekurang-kurang 3 hidangan protein berkhasiat setiap hari.



3. VITAMIN C
- Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu kepada bayi. Oleh itu menyusu bayi secara eksklusif  dapat melindungi bayi daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gusi, gigi yang sihat



4. VITAMIN B KOMPLEKS
- Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh ibu dan bayi setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi melalui susu ibu.



5. KALSIUM
-40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.



6. ASID LEMAK OMEGA 3
- Pengambilan dan tambahan Asid lemak Omega -3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan omega-3 lebih banyak di dalam otak. 
tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hyperaktif dan masalah tumpuan(ADHD) atau autism



7.ALFALFA
-Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K,A,B1,B6,C,E,kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Ia juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.


DAPATKAN VITAMIN2 INI DARI SAYA..

HUBUNGI SAYA
HAIDAR
SMS:012-9372050
iedaz38@yahoo.com
PM di FB :My Natural Vitamins Store 
 

Wednesday, 21 November 2012

Tips untuk dapatkan susu ibu berkualiti DAN bernutrisi

Sememangnya tidak dapat disangkal lagi, susu ibu adalah yang terbaik untuk diberikan pada bayi terutama bagi 6 bulan pertama selepas bayi dilahirkan

Berikut adalah antara beberapa tips amalan pemakanan yang boleh lakukan bagi mendapatkan susu yang bernutrisi dan meriah :)


1) Mengamalkan diet yang seimbang : mengikut piramid makanan. Mengandungi kesemua kelas makanan seperti karbohidrat, protein, lemak, fiber.

*** bolehkah anda? tepuk dada tanya diri sendiri :)

2) Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan : penting untuk dapatkan vitamin C, folic acid. 3-5 hidangan sehari diperlukan untuk memenuhi keperluan harian vitamin tersebut.


3) Mengambil makanan yang tinggi protein seperti daging tanpa lemak, soya, tempe, ayam tanpa kulit, ikan, telur dan kekacang sebanyak 3 hidangan sehari dan 3 hingga 4 hidangan susu sehari.


4) Mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging tanpa lemak, hati dan kerang boleh membantu pembinaan semula sel - sel darah merah yang hilang semasa melahirkan dan darah nifas


5) banyakkan minum air-sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Paling kurang pun 2 liter


hmm.. bila difikirkan dan renungkan.. bolehkah memenuhi segala keperluan di atas untuk anak tersayang? Untuk yang bermasalah untuk mengikut segala tips di atas: ada alternatifnya: cubalah set vitamin dari Shaklee.



SET IBU MENYUSU SHAKLEE:


SET B
SET B:MENGANDUNGI :ALFALFA + VITALEA + B-COMPLEX + VIT C
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK  mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.
SET EU FOUR PACK

SET EU FOUR PACK : MENGANDUNGI : VITALEA + B -COMPLEX + VIT C + OSTEMATRIX

  • Untuk ibu-ibu yang ada alahan terhadap alfalfa
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.
SET TRIPLE M (3M)



 SET TRIPLE M: MENGANDUNGI : VITALEA + B-COMPLEX + VIT C +OSTEMATRIX + ALFALFA + ESP

  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.
 credit

berminat untuk dapatkan set ini? boleh hubungi saya:

HAIDAR
SMS:012-9372050
iedaz38@yahoo.com
PM di FB :My Natural Vitamins Store 
 

Saturday, 17 November 2012

Vitamin semasa mengandung yang terbaik

x
Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman sendiri semasa mengandung anak ketiga. Alhamdulillah..sejak tahu UPT positive, terus saya berazam..rezeki yang Allah beri ini akan saya jaga dari peringkat awal kehamilan..mahu menggunakan pengalaman yang sebelum ini dan memperbaiki lagi agar anak yang dilahirkan sihat,menjadi anak yang soleh..insyaAllah..

Sebagai pengguna tegar produk Shaklee sejak menyusukan Sarah(anak kedua), semestinya saya memilih vitamin dari Shaklee juga untuk supplement semasa mengandung kali ini. Biarpun banyak yang kena telan, besar-besar pulak tu pilnya..demi anak tercinta dan kesihatan diri, saya sanggup :)


Kenali SET VITAMIN UNTUK IBU MENGANDUNG SHAKLEE

terdiri daripada:

  1. VITALEA
  2. VITAMIN C SUSTAINED RELEASE
  3. VITAMIN B COMPLEX
  4. OSTEMATRIX
  5. OMEGA GUARD(untuk trimester kedua dan ketiga)
Syukur alhamdulillah.. sepanjang mengandung, saya sentiasa sihat, jarang kena demam walaupun rutin tugas harian amat memenatkan untuk ibu hamil. Sepanjang check-up antenatal, semuanya 'uneventful'-tekanan darah normal, ujian untuk kencing manis tiga kali-normal,keseluruhan berat naik semasa tempoh mengandung masih dalam range normal dan rutin ultrasound menunjukkan perkembangan bayi yang normal dan mengikut graf pertumbuhan yang baik. Yang paling ketara perbandingan yang dapat saya buat dengan waktu hamil sebelum ini adalah gusi sekali je bengkak.. kalau dulu banyak kali bengkak, kadang-kadang sampai ambil antibiotik 2-3 kali untuk masalah tersebut. Kulit muka pun ok je..jerawat yang timbul masa mula-mula hamil cepat hilang tanpa parut. Syukur lagi..:)

tanggal 12/11/2012 jam 7.32 pagi.. alhamdulillah.. lahir putera pertama saya dalam keadaan sihat, berat 3.8kg.huh.. semangat. kelahiran yang senang, sakit kuat bermula jam 4pg (5cm). syukur dapat bersalin secara normal walaupun baby agak semangat beratnya.. Sekarang saya sedang teruskan dengan SET BERPANTANG dari SHAKLEE :) 

berminat untuk dapatkan supplement ini? boleh hubungi saya :

SMS:012-9372050
iedaz38@yahoo.com
PM di FB :My Natural Vitamins Store