Showing posts with label Performance Drink. Show all posts
Showing posts with label Performance Drink. Show all posts

Monday, 7 July 2014

Berpuasa tetapi bertenaga dengan Performance Drink Shaklee

Rahsia kekal bertenaga dibulan puasa TERBONGKAR!!
Berpuasa dengan cuaca panas terik seperti sekarang sememangnya mencabar bagi setiap umat Islam yang sedang menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Solusi nak kekalkan sentiasa bertenaga semasa berpuasa dalam keadaan cuaca sebegini patut diambil kira sejak dari awal pagi, semasa bersahur. Ya, jika berkesempatan, sememangnya sunnah untuk kita amalkan amalan bersahur sebelum berpuasa. Andaikata terlajak waktu, tiba-tiba terbangun lewat menghampiri waktu imsak, bancuh sahaja Performance Drink Shaklee. InsyaAllah boleh membantu kekalkan badan anda sentiasa terhidrat. Kenapa ya? Apa istimewanya Performance Drink ini?

Pengalaman saya sendiri: setiap pagi segelas air performance drink selepas makan, tambahan bancuhan ESP (Energizing Soy Protein) bersama oat 3 in 1 plus air masak dan omega Guard serta vitamin lain untuk ibu menyusu, alhamdulillah kekal kenyang sehingga petang. Tak penat walaupun setiap hari melakukan rutin harian seperti sebelum bulan puasa!!. Alhamdulillah. Nak tahu lebih lanjut tentang Performance Drink?.. Jom teruskan baca ya.

Performance Drink Shaklee didatangkan dalam bentuk serbuk perasa oren. Ini dia rupa canister Performance drink dan air selepas bancuhan.
Performance drink untuk bertenaga semasa berpuasa
Apa Kandungan Performance Drink sehingga buatkan kita sentiasa bertenaga?

Ia mengandungi kandungan elektrolit penting seperti Sodium, Potassium, Calsium, Magnesium dan Chloride. Kandungan elektrolit yang mencukupi dalam badan akan membantu tubuh kita untuk menjaga kestabilan bendalir agar tidak berkurangan.

Elektrolit yang seimbang juga baik untuk sistem neuromotor (iaitu tindak balas saraf dan otot).

Kandungan istimewa dalam Performance Drink ini adalah rumusan ekslusif OptiCarb, yang mana ujian klinikal telah membuktikan rumusan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda. 

Sebab itulah minuman ini merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat!

Juara dengan Performance drink
Secara umumnya, siapa yang perlukan Performance Drink?

  1. Mereka yang berpuasa, boleh diambil semasa bersahur dan atau semasa berbuka puasa
  2. Ibu yang menyusukan bayi. Boleh juga buat ibu mengandung.
  3. Individu yang mengamalkan gaya hidup aktif dan juga aktif bersukan
  4. Mereka yang kurang minum air atau yang "dehyration" disebabkan cirit birit atau muntah.
  5. Anak-anak yang kurang sihat atau demam.
  6. Pengganti kepada minuman isotonik lain yang bergas, yang mana kandungan bikarbonat itu sangat tidak baik untuk kesihatan. 
Kenapa anda harus miliki Performance drink ini semasa berpuasa? Untuk sentiasa bertenaga dan tanpa cepat rasa haus kerana kandungannya yang rendah Sodium! Ianya bersifat isotonik yang mana sama kepekatan dengan bendalir badan. Oleh itu, ianya SENANG DISERAP.



Cara pengambilan Pengambilan Performance Drink sangat senang.. Hanya bancuh 3 sudu dengan segelas air. (Air Sejuk sangat sedap) :)

KESIMPULANNYA..inilah sebab kenapa saya beria-ria mahu anda mencuba Performance drink. Jom elakkan minuman isotonik  yang bergas dan lebih kandungan gula, semestinya lebih berbahaya kepada kesihatan. Pengalaman diri sendiri membuatkan saya teruja untuk berkongsi kebaikannya dengan anda semua. Renung-renungkan. :)

Anda juga boleh mencuba SET BERPUASA SHAKLEE


Antara testimoni set ini :







Selamat menunaikan ibadah puasa dengan Performance Drink.

Jom dapatkan satu untuk anda dan keluarga disini :ORDER PERFORMANCE DRINK

Untuk produk lain shaklee: ORDER DISINI

Dapatkan khidmat konsultasi dari saya selepas membuat pembelian. 

Hubungi saya: 

Haidar

SMS/Whatsapp 012-9372050

email: iedaz38@yahoo.com

COD : KINRARA PUCHONG

like fan page: Vitamins Store





Menyusu semasa berpuasa dengan supplement terbaik

Alhamdulillah.. dah masuk hari kesepuluh berpuasa dibulan Ramadhan tahun ini. Sebelum puasa agak merisaukan hati ni sebab anak kecilku si Hadif (sekarang 3 bulan) sangat kuat minum susu. Risau berpuasa sambil menyusukan..takut-takut stock susu makin menyusut sebab susu merudum. Isshh tak baik fikir yang bukan-bukan. Minda harus positif...Syukur, menyusu dengan supplement Shaklee tidak menghampakan. Biasanya pam 2 kali je sehari. Saya harus konsisten gandakan jadi 3 kali.. (sebenarnya baru start pam 3 kali sehari sejak seminggu lepas).

Ni dia si kecik saya. 3 bulan 7kg.fuhhh
hadif yang gembira dengan susu ibu

Biasanya saya pam susu seminggu sebelum berpuasa hanya 2 kali sehari, purata saya dapat pam hanya 16-20oz. Hadif biasa minum 4-5 botol sehari, sebotol 4oz. kuss semangat..so total sehari 16-20oz. Memang ngam-ngam dengan apa yg saya dapat sehari...huhu. Tu yang risau takut tak cukup di bulan puasa ni. Tapi bila digandakan pam susu kepada 3 kali sehari, alhamdulillah, makin banyak sampai mencecah hampir 23oz sehari.. betullah teori lagi tinggi demand (lagi kerap pam) lagi banyak susu dihasilkan. Walau tengah berpuasa.. syukur hasilnya masih lebih kurang sama. Susu tak merudum dengan berkat doa dan amalkan set shaklee ni..kiki..

Ada yang bertanya, apa rahsianya susu tak merudum ketika puasa? Nak kongsikan menu sahur saya pun bukanlah special sangat, tapi harus konsisten. Saya memang akan sahur dengan nasi. Da habis sepinggan, minum air performance drink. Kalau yang tak tahu apa itu performance drink, ia sebenarnya minuman isotonik, salah satu dari produk shaklee. Ia membekalkan mineral yang penting untuk mengekalkan tahap mineral ini dalam badan semasa kita berpuasa. Lepas makan, sambil-sambil basuh pinggan mangkuk sempat saya bancuh ESP plus oatmeal 3 in 1 tu segelas..minum sambil telan omega guard dan alfalfa 2 biji. Diakhiri dengan 2 gelas air masak. Minum sikit-sikit je bukan sekaligus. Nanti tak pasal-pasal muntah segala..siasia je..hehe..keterangan lanjut tentang set menyusu shaklee boleh klik disini.

Ni dia Mighty 3 Gem Set yang HOT dibulan puasa 



DAPATKAN SET BERPUASA INI DISINI (KLIK) 

Selepas pembelian, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.



Haidar

SMS/Whatsapp 012-9372050

email: iedaz38@yahoo.com

COD : KINRARA PUCHONG



like fan page: Vitamins Store